Kalau ikut cakap orang-orang tua, seelok-eloknya wanita yang telah bersalin dinasihatkan untuk berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Tapi Lynn urut tiap-tiap hari sewaktu dalam pantang. Best u!

Memanglah pada mulanya pegang badan je dah menjerit. Maklumlah badan kita baru lepas perang kan! Urat dah bersimpul, angin masuk dalam badan dan sebagai ibu dah lazimnya susu badan akan mulai keluar… mulalah hormon kita pun kucar-kacir dibuatnya.

Tapi kalau betul urutnya… memang you all akan rasa perbezaan dari dalaman.

Di antara faedah berurut selepas bersalin traditional ni adalah:

  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah yang terperangkap dan bertakung;
  • menaikkan peranakan;
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.

Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan membanyakan susu ibu.

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, urutan kesihatan posnatal Melayu menyelitkan program penjagaan payudara yang merangkumi urutan payudara . Ibu-ibu baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.

Dalam dunia moden ini, di mana banyak pasangan muda tinggal jauh dari keluarga masing-masing, sistem sokongan ini tidak lagi menjadi pilihan.

Untuk mencari tukang urut yang baik, anda mempunyai beberapa pilihan.

  • Saranan dari mulut ke mulut adalah cara terbaik. Tanya ibu anda atau ibu mertua, rakan-rakan yang telah berurut selepas bersalin atau rakan sekerja jika mereka tahu sesiapa sahaja yang baik.
  • Perkhidmatan pusat-pusat rawatan bersalin dan penjagaan dalam pantang yang menyediakan pakej lengkap dengan urut, bengkung dan jamu.

Kalau nak Lynn recommend tukang urut pun boleh. Call je 019-2620969 or email lynnshukor@gmail.com

Semoden mana pun kita, Lynn rasa banyak rahsia traditional kita yang mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alangkah ruginya kalau kita tak tahu kan!